HADIS PERTAMA
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:
الشِّفَاءُ فِى ثَلَاثَةٍ : شَرْبَةِ عَسَلٍ, وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ, وَكَيَّةِ
نَارٍ, وَإِنِّي أَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الْكَيِّ
Maksudnya: “Kesembuhan itu terdapat
pada tiga perkara iaitu minum madu, sayatan alat bekam, dan kay dengan api.
Sesungguhnya aku melarang umatku dari kay.” [Sahih al-Bukhari, At-Thibb, Juz 1,
hal 5680]
HADIS KEDUA
Dari Jabir bin Abdillah r.a.,
dia berkata, Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ أَوْ يَكُونُ فِي شَيْءٍ مِنْ
أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ, أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ, أَوْ لَذْعَةٍ
بِنَارٍ تُوَافِقُ الدَّاءَ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ
Maksudnya : “Jika ada yang
terbaik pada ubat-ubatan kamu, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam,
minuman madu atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku
tidak suka berubat dengan kay.” [Sahih al-Bukhari]
HADIS KETIGA
Dalam riwayat Tirmizi dari Ibnu
Mas’ud dan riwayat Baihaqi, sabda Rasulullah s.a.w :
مَا مَرَرْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي بِمَلاءٍ إِلَّا قَالُوا يَا مُحَمَّد
مُرْ أُمَّتَكَ بِالْحِجَامَةِ
Maksudnya: “Aku tidak berjalan
di hadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali
mereka berkata, Wahai Muhammad, perintahlah umat kamu agar berbekam.”
No comments:
Post a Comment