Sinar As-Syifa Enterprise
adalah syarikat yang ditubuhkan untuk penjagaan kesihatan mengikut garis
panduan Islam berdasarkan Al-Quran and Sunnah. Ia merupakan pembekal peralatan
kesihatan untuk syarikat dan organisasi bagi perawatan bekam (al-Hijamah)
dengan pelbagai pilihan dan kualiti. Syarikat ini juga menyediakan pelbagai
jenis rawatan seperti bekam, refleksologi, kiropraktik dan resdung. Fokus kami
adalah semua generasi daripada semua peringkat umur.
Syarikat kami merupakan
pembekal dan pusat penjagaan kesihatan. Kami mempromosikan produk-produk HPA,
Halagel & Arissa Plus kepada pesakit dan pelanggan sebagai pemakanan utama
untuk rawatan yang terbaik. Selain daripada itu, kami juga menggalakkan
pemakanan Sunnah yang bersesuaian dengan gaya hidup Rasulullah seperti Habbatus
Sauda’, Madu As-Syifa dan Minyak Zaitun. Kami menjual produk-produk yang
berkualiti tinggi dengan harga yang termurah dan bersesuaian dengan harga
pasaran semasa.
Oleh itu, syarikat ini
ditubuhkan bagi membekal peralatan bekam begitu juga menyediakan rawatan bagi
pesakit melalui bimbingan Islam. Dan sebagai saudara Islam, kami berharap
mendapat sokongan dan semangat perpaduan ukhuwah Islamiyyah. Kami ingin
memperkenalkan peralatan bekam (Al-Hijamah) yang berkualiti tinggi bagi rawatan
terbaik dan selamat. Semoga anda berpuas hati dan moga Allah menunjukkan jalan
dengan Taufik-Nya, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment