Sunday, 28 July 2013

MINYAK ZAITUN

Tahukah anda? 


Adakah anda benar-benar tahu?

     Minyak zaitun merupakan minyak yang terhasil daripada pohon yang sangat diberkati sehingga terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadith yang menyebut tentangnya.


Firman Allah Taala:

     “Demi buah tin dan buah zaitun!” (surah at Tin: 1)

Sifatnya jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran (surah An-Nur:35)

     "...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api..."

Hadith:



Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

     "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)"


     Sedarkah anda??? Allah dan Rasulullah telah memberi begitu banyak gambaran yang indah akan kelebihan minyak zaitun agar dijadikan amalan dalam kehidupan harian kita. Cuba kita bertanya pada diri kita adakah kita benar-benar sedar akan khasiat yang terkandung dalam buah zaitun yang diberkati ini?


 1) Melambatkan proses penuaan, melembapkan kulit dan penyeri wajah

 2) Menjaga & menguatkan organ dalaman


 3) Mengurangkan kadar kolestrol

 
 4) Anti-kanser: Membantu menghalang kanser payudara dan kulit dll.


 5) Mengurangkan serta mengawal tekanan darah tinggi & risiko Alzheimer


 6) Mencegah penyakit batu karang

 7) Merawat masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin serta gastrik 


 8) Merawat masalah jantung (kardiovaskular)

 9) Merawat penyakit gigi dan gusi (tambahkan sedikit garam)

10) Meredakan keradangan lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit


11) Urut: Minyak urut utama

12) Melebatkan rambut: Minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi saw


13) Meningkatkan tenaga lelaki dan wanita & membantu proses persetubuhan


14) Mengatasi masalah kulit muka, kesan parut atau melecur


15)  Menghindarkan gangguan jin, sihir, saka, santau


16) Membantu dalam tumbesaran bayi dalam kandungan 





Durra Olive Oil 250ml: RM15 (Syria)
Durra Olive Oil 500ml: RM25 (Syria)
Riviere Extra Virgin Olive Oil 500ml: RM25 (Tunisia)

Halagel Extra Virgin Olive Oil 60 Bovine Softgel: RM21 (Malaysia)



Kandungan minyak zaitun dari sudut sains:


Pelbagai komponen bioaktif seperti asid lemak, vitamin, komponen mudah meruap, komponen larut air dan serpihan mikroskopik buah zaitun terkandung di dalam minyak zaitun.

Asid lemak merupakan kandungan utama minyak zaitun terdiri dari asid oleik, asid linoleik dan sedikit asid linolenik.

Asid oleik merupakan salah satu asid lemak dari jenis tidak tepu mono, merangkumi 55 hingga 85 peratus kandungan minyak zaitun.

Kajian menunjukkan bahawa asid oleik dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penuaan dan bagus untuk bayi dalam kandungan.

Asid linoleik dan linolenik adalah dari jenis asid lemak tidak tepu poli yang menganduingi Omega 6 dan Omega 3. Nisbah Omega 6:Omega 3 dalam minyak zaitun menepati nisbah yang disarankan untuk orang dewasa selain turut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kandungan peroksida atau antioksidan yang tinggi di dalam minyak zaitun berfungsi menentang pengoksidaan oleh radikal bebas dan oksigen reaktif di dalam badan kita.

Ia juga mengandungi sterol tumbuhan yang menghalang badan daripada menyerap kolesterol berlebihan di samping kaya dengan vitamin E yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.

Kualiti sesuatu minyak zaitun ditentukan oleh kandungan asid bebas dan peroksida di dalamnya.


Fakta:
     Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.


     SubhanAllah... Zaitun, pohon yang diberkati... Allah turunkan untuk hamba-hambanya yang dikasihi.. Jom sama-sama kita amalkan minyak zaitun, insyaAllah, mudah-mudahan kita akan jaga nikmat kesihatan diri yang Allah kurniakan tuk kita semua dengan sebaiknya...

     Anda boleh dapatkan rangkaian produk minyak zaitun dari outlet kami di Lot 15G, SU Mall, Saujana Utama Sg Buloh atau hubungi Mohammad Shahrizal b. Aisha 013-276 9918 =)

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Terawih dengan Nikmat Kesihatan yang Kita Hargai =)

No comments:

Post a Comment